CENDAWAN SUSU HARIMAU

Semuanya bermula dalam tahun 2002 bila mana Dr Mahathir Bin Mohamed, bekas perdana menteri keempat Malaysia mengumumkan semasa ucapan penggulungannnya di Konvensyen Bioteknologi Antarabangsa Kuala Lumpur, bahawa beliau akhirnya berjaya menemui satu penawar bagi penyakit batuk kronik yang telah menghantuinya bertahun lamanya : iaitu Cendawan Susu Harimau.
“….Saya pernah mengalami batuk kronik disertai dengan hidung tersumbat dan jangkitan paru-paru. Perubatan moden mengambil masa yang lama untuk meredakan batuk itu. Namun dipujuk oleh rakan berbangsa Cina, saya mencuba perubatan Cina dan batuk pun reda. Apabila saya mengalami penyakit yang sama saya gunakan semula perubatan itu dan ia berkesan. Saya mencari bagaimana ubat tersebut dihasilkan dan ia sebenarnya adalah susu harimau….”
–Tun Dr. Mahathir bin Mohamad–Kenyataan oleh “International Biotechnology Convention, 2002”
Cendawan Susu Harimau, nama Inggerisnya TIGER MILK MUSHROOM, atau secara saintifiknya dipanggil Lignosus rhinocerus.
Cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama, iaitu payung, batang dan ubi. Khasiat cendawan ini terletak pada bahagian ubinya (sclerotium). Bahagian dalam ubinya berwarna putih susu, seolah2 seperti warna susu harimau.